Penjelasan Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam, Kementerian Perhubungan Berikutan Maklumat Tular Mengenai Taufan ‘Mangkhut’ 12 September 2018

13 Sep 2018

Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam ingin menjelaskan mengenai maklumat Taufan
‘Mangkhut’ yang tular di media sosial.

Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa sistem Taufan ‘Mangkhut’ kini berada di lokasi
kira-kira 2,600 km dari Negara Brunei Darussalam. Mengikut ramalan terkini, taufan
berkenaan dijangka akan terus bergerak ke arah Filipina dan seterusnya Hong Kong.
Taufan ‘Mangkhut’ dijangka tidak akan menjejaskan cuaca Negara Brunei Darussalam buat
masa ini.

Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam akan terus memantau perkembangan Taufan
‘Mangkhut’ dari masa ke semasa, dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika
perlu. Jabatan ini juga ingin menasihati orang ramai supaya akan dapat mengikuti
maklumat keadaan cuaca terkini melalui laman sesawang www.met.gov.bn atau laman
media sosial Facebook (bruneiweather), Instagram (@bruneiweather) dan aplikasi bimbit
Brunei WX. Orang ramai juga dapat menghubungi Pegawai Peramal Kajicuaca yang
bertugas melalui Talian Cuaca 114.

Wallahualam Bissawab.

Pemangku Pengarah Kajicuaca
Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam
Kementerian Perhubungan
02 Muharam 1440 / 12 September 2018
Ruj: WSD/PR/12/2018