KEMASKINI KEADAAN CUACA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1 OKTOBER 2018

01 Oct 2018

Mengikut kitaran monsun, Negara Brunei Darussalam dijangka akan memasuki musim Peralihan
Monsun sekitar awal bulan Oktober. Musim ini adalah tempoh peralihan di antara Monsun Barat Daya
dan Barat Laut Timur, dan biasanya akan menjangkau sehingga penghujung bulan November.

Pada musim ini, cuaca Negara akan sangat dipengaruhi oleh diurnal forcing, di mana kesan angin
tempatan memainkan peranan penting dalam pembangunan aktiviti ribut petir. Keadaan cuaca yang
pada lazimnya berlaku di musim Peralihan Monsun ini adalah pembentukan ribut petir di kawasan
pedalaman pada waktu petang, dan merebak ke kawasan pesisiran dan perairan negara pada waktu
malam. Menurut rekod klimatologi kami, kekerapan aktiviti ribut petir adalah agak tinggi semasa
tempoh musim ini berbanding bulan-bulan Monsun Barat Daya (Jun hingga September). Jumlah turun
hujan bagi bulan Oktober dan November dijangka berada dalam lingkungan normal, iaitu 260-390 mm
bagi setiap bulan.

Pihak Jabatan akan terus memantau keadaan cuaca dari masa ke semasa, dan akan mengeluarkan
nasihat dan amaran cuaca jika perlu. Kami ingin menasihati orang ramai supaya akan dapat
mengikutkan maklumat keadaan cuaca terkini dengan melayari laman sesawang www.met.gov.bn
atau mengikuti laman Facebook (@bruneiweather), Instagram (@bruneiweather), dan aplikasi bimbit
Brunei WX. Orang awan juga dapat menghubungi Pegawai Peramal Kajicuaca yang bertugas di Pejabat
Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114.

Wallahualam Bissawab.