KEMASKINI KEADAAN CUACA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 12 DISEMBER 2018

12 Dec 2018

Mengikut kitaran monsun, Negara Brunei Darussalam dijangka akan memasuki musim Monsun Timur Laut bermula pada bulan Disember 2018 sehingga Mac 2019. Secara purata pada bulan Disember dan Januari, yang juga dikenali sebagai Musim Tengkujuh, aktiviti turunan hujan adalah sangat aktif dengan kejadian hujan dan hujan berpetir berintensiti lebat sekali-sekala terutama pada waktu sebelah petang dan malam. Manakala pada bulan Februari dan Mac, cuma sedikit turunan hujan dijangka berlaku.

Merujuk semula kejadian-kejadian yang berlaku pada musim Monsun Timur Laut yang lepas, hujan lebat yang berlaku untuk tempoh lebih dua jam akan mengakibatkan risiko kejadian banjir atau banjir kilat di kawasankawasan rendah dan mudah banjir, atau kejadian tanah susur, dan ianya boleh menjadi lebih teruk apabila bertembung dengan kejadian air pasang. Luruan angin Timur Laut yang kuat juga boleh meningkatkan ketinggian ombak di Perairan Brunei dari paras sederhana hingga ke paras bergelora. Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah atau perancangan yang bersesuaian dalam menghadapi musim tengkujuh nanti serta sentiasa peka dengan amaran dan nasihat cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan ini untuk meningkatkan keselamatan dan mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya pada musim hujan yang akan datang, dan sentiasa peka dengan amaran cuaca terkini atau nasihat yang dikeluarkan oleh jabatan untuk memastikan keselamatan dan mencegah insiden yang tidak diingini. Kami akan terus memantau keadaan cuaca dari masa ke semasa, dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu. Kami ingin menasihati orang ramai supaya akan dapat mengikuti maklumat keadaan cuaca terkini dengan melayari laman sesawang www.met.gov.bn atau mengikuti laman Facebook (@bruneiweather), Instagram (@bruneiweather), dan aplikasi bimbit Brunei WX. Orang awam juga dapat menghubungiterus Pegawai Peramal Kajicuaca kami yang bertugas di Pejabat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114.

Wallahualam Bissawab.