KEMASKINI KEADAAN CUACA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 19 JULAI 2016

19 Jul 2016

Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD) ingin menjelaskan mengenai maklumat yang disebarkan melalui media sosial “Whatsapp” yang menyatakan bahawa ribut akan melanda Negara Brunei Darussalam adalah tidak berasas.

Negara kita akan mengalami keadaan cuaca yang pada amnya baik dengan jumlah liputan awan yang berubah-ubah dari masa ke semasa. Walaubagimanapun, seperti yang sering berlaku di kawasan tropika, aktiviti hujan berpetir atau ribut petir masih berpotensi berlaku. Untuk beberapa hari mendatang ini, aktivti hujan berpetir berkemungkinan akan berlaku di kawasan perairan dan pesisiran Negara pada waktu awal pagi dan malam; dan di kawasan pedalaman pada sebelah petang. Aktiviti-aktiviti ini biasanya terjadi dalam tempoh masa yang singkat dan boleh menjadi lebat setempat di beberapa kawasan. Kelajuan angin boleh meningkat sehingga 40 kmsj di kawasan yang dilanda hujan lebat. Pihak jabatan akan terus memantau keadaan cuaca dari masa ke semasa dan mengeluarkan nasihat atau amaran cuaca jika situasi memerlukan.

Kami juga ingin mengingati orang awam supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan melalui media-media sosial yang mana boleh menyebabkan keadaan panik dan resah kepada orang ramai. Kami akan terus memantau keadaan cuaca dari masa ke semasa, dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu. Kami ingin menasihati orang ramai supaya akan dapat mengikutkan maklumat keadaan cuaca terkini dengan melayari laman sesawang www.met.gov.bn atau mengikuti laman Facebook (bruneiweather) dan aplikasi bimbit Brunei WX. Orang awan juga dapat menghubungi Pegawai Peramal Kajicuaca yang bertugas di Pejabat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114.

Wallahualam Bissawab.

Dikeluarkan oleh:
Muhamad Husaini bin Aji
Pmk. Pengarah Kajicauca
Jabatan Kajicauca Negara Brunei Darussalam
Kementerian Perhubungan
14 Syawal 1437 / 19 Julai 2016
Ruj: WSD/PR/07/2016