TIADA ANCAMAN TSUNAMI

20 Nov 2017

Pihak kami ingin merujuk pada teks pesanan yang mula menular melalui aplikasi Whatsapp dan mediamedia
sosial yang menyatakan berkemungkinannya terjadi satu ancaman tsunami kepada beberapa
kawasan di rantau jiran.

Setakat ini, Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam tidak ada menerima sebarang maklumat mengenai
kejadian tsunami yang dimaksudkan samada daripada pusat-pusat amaran tsunami serantau atau
antarabangsa yang berpotensi mengancam Negara kita.

Dalam perkara ini, kami memohonkan kerjasama dan juga menggesa supaya orang ramai tidak
menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih, oleh kerana ianya boleh menyebabkan keresahan
dan keadaan panik kepada orang ramai.

Orang ramai bolehlah mengikuti maklumat keadaan cuaca terkini dengan melayari laman sesawang
www.met.gov.bn atau mengikuti laman sosial Facebook (bruneiweather), Instagram
(@bruneiweather) dan menggunakan aplikasi bimbit Brunei WX. Orang ramai juga boleh menghubungi
Peramal Kajicuaca yang bertugas di Pejabat Ramalan Cuaca melalui Talian Cuaca 114.

Wallahualam Bissawab.

Disediakan oleh:-
Divisyen Khidmat-Khidmat Cuaca
Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam
Kementerian Perhubungan
29 Safar 1439 / 18 November 2017
Ruj: WSD/PR/09/2017