MONSUN BARAT DAYA (JUN-SEPTEMBER 2018)

04 Jun 2018

Mengikut pusingan monsun, Negara Brunei Darussalam akan memasuki Monsun Barat Daya bermula
bulan Jun hingga bulan September. Dari segi klimatologi, aktiviti dan jumlah turunan hujan pada musim
ini adalah sedikit rendah berbanding dengan pada musim monsun peralihan yang lepas. Lazimnya
bermula penghujung bulan Jun, keadaan atmosfera di rantau Asia Tenggara termasuk Negara kita adalah
agak stabil dan ini menyumbang kepada keadaan cuaca yang kering dan keadaan berjerebu.

Namun menjelang bulan Ogos hingga bulan September, hujan berangin ribut sekali-sekala adalah
fenomena cuaca yang sering melanda Negara kita. Ini dikaitkan dengan kesan tidak langsung pergerakan
badai atau taufan tropika yang aktif melintasi Barat Laut Lautan Pasifik dan Laut Cina Selatan.
Dari segi impak cuaca yang boleh berlaku dalam musim monsun ini pada amnya adalah kering, panas dan
berjerebu. Walaubagaimanapun angin kencang akibat daripada hujan berangin ribut juga dijangka
berlaku apabila ada pembentukkan badai yang bergerak dari lautan menuju Negara kita.

Kami akan terus memantau keadaan cuaca dari masa ke semasa, dan akan mengeluarkan nasihat dan
amaran cuaca jika perlu. Kami ingin menasihati orang ramai supaya akan dapat mengikutkan maklumat
keadaan cuaca terkini dengan melayari laman sesawang www.met.gov.bn atau mengikuti laman sosial
Facebook (bruneiweather), Instagram (@bruneiweather) dan aplikasi bimbit Brunei WX. Orang ramai juga
dapat menghubungi Pegawai Peramal Kajicuaca yang bertugas di Pejabat Ramalan Cuaca melalui Talian
Cuaca 114.

Wallahualam Bissawab.
Dikeluarkan oleh:
Divisyen Khidmat-Khidmat Cuaca
Jabatan Kajicauca Brunei Darussalam
Kementerian Perhubungan
14 Ramadhan1439/30hb Mei 2018
Ref: WSD/PR/07/2018