KEMASKINI KEADAAN CUACA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 22 JULAI 2018

23 Jul 2018

Negara Brunei Darussalam pada masa ini berada di kemuncak Monsun Barat Daya, dimana aliran angin
pada amnya akan bertiup dari arah barat daya. Pada lazimnya pada musim ini, keadaan atmosfera
adalah agak stabil dengan turunan hujan sedikit berkurangan. Keadaan ini boleh mengakibatkan
peningkatan suhu udara, melebihi 34 darjah Celsius, seperti apa yang telah kita alami beberapa hari
kebelakangan ini. Negara juga cenderung untuk mengalami keadaan berjerebu akibat cuaca kering di
rantau Asia Tenggara. Monsun Barat Daya biasanya akan berterusan sehingga bulan September.

Musim Barat Daya juga bertepatan dengan musim kejadian sistem siklon yang aktif, seperti ribut
tropika dan taufan, di kawasan rantau barat laut Lautan Pasifik dan Laut Cina Selatan. Jika berlaku,
negara sering mengalami aktiviti ribut petir berserta angin kencang tertakluk kepada jarak lokasi
sistem tersebut dari kawasan negara. Pada masa ini, terdapat beberapa sistem aktif berdekatan yang
berpotensi untuk mempengaruhi keadaan cuaca secara tidak langsung di beberapa hari yang akan
datang.

Pihak Jabatan akan terus memantau keadaan cuaca dari masa ke semasa, dan akan mengeluarkan
nasihat dan amaran cuaca jika perlu. Kami juga ingin menasihati orang ramai supaya akan dapat
mengikuti maklumat keadaan cuaca terkini dengan melayari laman sesawang www.met.gov.bn atau
mengikuti laman Facebook (bruneiweather), Instagram (@bruneiweather), dan aplikasi bimbit Brunei
WX. Orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Peramal Kajicuaca yang bertugas di Pejabat
Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114.

Wallahualam Bissawab.

Dikeluarkan oleh:
Bahagian Khidmat-Khidmat Cuaca dan Pencerapan
Jabatan Kajicauca Negara Brunei Darussalam
Kementerian Perhubungan
9 Zulkaedah 1439 / 22 Julai 2018
Ruj: WSD/PR/10/2018